Sunday 29 September 2013

KURSUS PENGURUSAN TINGKAHLAKU MURID DALAM KAEDAH ILUSI

Pada 26 dan 27 September 2013, Unit Pendidikan Khas / Pemulihan Khas telah menganjurkan Kursus tersebut di Perpustakaan Awam Segamat.
Kursus tersebut adalah gabungan Guru Pemulihan Khas, Guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid Pend. Khas. Kursus tersebut melibatkan seramai 50 orang peserta.
Ceramah jemputan kursus tersebut iaitu Encik Awangku Khairil Bin Awangku Shamsudin @ Mr CK. Kiku Khairil. Peserta-peserta diberi pendedahan bagaimana pembelajaran dan pengajaran dilakukan dalam kaedah ilusi.

En Masnawi Bin Shamsudin memberikan taklimat ringkas

Mr Kiku Khairil memberi penerangan teknik ilusi

Mr Kkiku Khairil menunjukkan silap mata
Peserta tekun mendengar taklimat yang diberikan

Tetamu VIP

Gambar kenangan bersama Mr Kiku Khairil

TAKLIMAT GURU-GURU YANG MEMPUNYAI MURID BERKEPERLUAN KHAS











Unit Pendidikan Khas / Pemulihan Khas Daerah telah mengadakan taklimat tersebut di SJKC Bukit Siput pada 23 September 2013. 
Taklimat tersebut memberi pendedahan kepada guru-guru bagaimana intervensi yang boleh dijalankan bagi murid-murid berkeperluan khas yang berada di kelas pemulihan.
Taklimat disampaikan oleh En Masnawi Bin Shamsudin, PPPD Pendidikan Khas / Pemulihan Khas.