Bahan ini boleh dibuat rujukan kepada guru-guru pemulihan khas untuk membina bahan bantu mengajar secara interaktif dengan menggunakan "programming visual basic"
Wednesday, 5 November 2014
Monday, 29 September 2014
BENGKEL PEMBINAAN BBM MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE
MAKLUMAN
Pada 1 dan 2 Oktober 2014 akan diadakan Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Menggunakan Perisian Adobe. Sehubungan dengan itu, mohon Guru Pemulihan yang terlibat untuk muat turun surat dibawah.
Tuesday, 2 September 2014
Pelaksanaan Pemantauan Program Pemulihan Khas 2014
Untuk makluman Guru Pemulihan Khas daerah Segamat, Pemantauan Program Pemulihan Khas akan dijalankan mulai 1 September 2014 sehingga 2 November 2014. Berikut dokumen yang perlu di muat turun.
Tuesday, 10 June 2014
Manual Pengisian Data P1NCH Secara Online
Makluman semua Guru Pemulihan Khas dan guru Intervensi Daerah Segamat... Sila muat turun Manual Pengisian Data P1NCH Secara Online bagi Sekolah Menengah dan Rendah untuk memudahkan pelaksanaan kutipan Data P1NCH bil 2/2014. Tuan/Puan diminta untuk mengisi data P1NCH
selewat-lewatnya pada 19 Jun 2014.
Thursday, 22 May 2014
TAKLIMAT PENGURUSAN DATA P1NCH SECARA ONLINE
Taklimat tersebut akan dijalankan pada hari Ahad jam 10 pagi. Semua guru dikehendaki membawa komputer riba dan maklumat murid P1NCH Bil 1. Berikut lokasi mengikut Zon:
- ZON 1 : SK BATU ANAM
- ZON 2 : PKG BANDAR (BERTUKAR KE BILIK SEMINAR STAR)
- ZON 3 : BILIK SEMINAR STAR
- ZON 4 : SJKC BUKIT SIPUT
- ZON 5 : PKG LABIS
Saturday, 3 May 2014
PROGRAM OUTREACH SEGAMAT 2014 TERBAIK
Daerah Segamat berjaya menganjurkan Program Outreach:
Fasa 1 pada 22 April 2014 di Perbadanan Perpustakaan Awam Segamat
Fasa 2 pada 29 April 2014 di SK Kampong Kudung
OUTREACH SEGAMAT mendapat pujian dari pegawai KPM, JPNJ, PPD dan juga tetamu jemputan. Outreach Segamat melibatkan 12 orang Pegawai Perubatan dan 15 orang jururawat dari Hospital Segamat dan Pejabat Kesihatan Segamat. kali ini, pencalonan outreach seramai 68 orang.
Antara Agensi yang memberikan kerjasama:
- Bank Simpanan Nasional Negeri dan Daerah
- Jabatan Kebajikan Masyarakat, Segamat
- Kipmart Segamat
- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Daerah
- Hospital Segamat
- Pejabat Kesihatan Segamat
- Klinik Kesihatan Bekok
- Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri dan Segamat
- Bank Rakyat
- Bank Muamalat
- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis dan Kg Kudung
- Persatuan Serikandi
- Guru dan murid Pendidikan Khas
"GURU PEMULIHAN SEGAMAT
SANGAT CEMERLANG MENJADI URUSETIA OUTREACH"
laporan pegawai pemantau
Outreach SEGAMAT Tahun 2014 melibatkan 84 guru pemulihan daerah Segamat
TERBUKTI kerjasama yang diberikan adalah yang TERBAIK
LENSA 5 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014
PERTUNJUKKAN SILAP MATA
Antara aktiviti yang memukau hadirin semasa program berlangsung.
LENSA 4 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014
ACARA DI MAJLIS PERASMIAN
Program dirasmikan oleh Tuan Hj Md Amin Bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNJ. Turut hadir Pn Hjh Zaleha Bt Osman, Ketua Sektor Program Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
LENSA 3 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014
AKTIVITI DI TAPAK PAMERAN
Pameran Outreach 2014 melibatkan pelbagai agensi diantaranya Bank Simpanan Nasional,
Bank Rakyat, Bank Muamalat, Klinik Kesihatan Segamat dan Bekok, Pergerakan Wanita UMNO Labis dan Kg Kudung, Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas.
Bank Rakyat, Bank Muamalat, Klinik Kesihatan Segamat dan Bekok, Pergerakan Wanita UMNO Labis dan Kg Kudung, Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas.
LENSA 2 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014
AKTIVITI MURID DAN SUKANEKA RAKYAT
Aktiviti murid melibatkan Calon Outreach dan murid SK Kampong Kudung bagi Pertandingan Mewarna Tajaan Bank Simpanan Nasional dan aktiviti sukaneka melibatkan masyarakat setempat.
Tuan Haji Md Amin dan Puan Hjh Zaleha menyumpit buah betik |
Pertandingan Kukur Ubi |
Pertandingan Mewarna Tajaan BSN |
Pertandingan Mewarna Tajaan BSN |
Aktiviti Kukur Ubi menggunakan rotan |
LENSA 1 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014
AKTIVITI SENAMROBIK
Program ini melibatkan murid Outreach, murid SK Kampog Kudung dan masyarakat setempat. Aktiviti Senamrobik dimeriahkan dengan kehadiran Maskot Amy dan Maskot Ely dari Bank Simpanan Nasional
Wednesday, 26 March 2014
RENTETAN PERJALANAN PROGRAM OUTREACH TAHUN 2014
- 23 Februari 2014 - Penerimaan Pencalonan Outreach secara terbuka melibatkan murid Tahun 2 sehingga Tahun 6 di BIlik Mesyuarat SJKC Jagoh.
- 18 Mac 2104 - Mesyuarat Jawatankuasa Program Outreach Bil 1 di SK Kampong Kudung.
- 20 Mac 2014 - Bengkel Jawatankuasa Kerja Program Outreach di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
- 02 April 2014 - Taklimat Perjalanan Outreach dan Perbincangan Persiapan Tempat di SK Kampong Kudung.
- 06 April 2014 - Taklimat Outreach dan Pengumpulan Maklumat Kepada Guru Pengiring di SJKC Bukit Siput.
- 15 April 2014 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelbagai Disiplin Program Outreach di BIlik Mesyuarat Al-Jazari, PPD Segamat.
- 16 April 2014 - Mesyuarat Pelarasan Jawatankuasa Program Outreach Bil 2 di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
- 21 April 2014 - Taklimat Pelarasan Jawatankuasa Kerja dan Gotong-royong Persiapan Tempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
- 22 April 2014 - Program Outreach Fasa 1 di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
- 24 April 2014 - Mesyuarat Pelarasan Jawatankuasa Program Outreach Bil 3 di SK Kampong Kudung.
- 28 April 2014 - Taklimat Pelarasan Jawatankuasa Kerja dan Gotong- royong Persiapan Tempat di SK Kampong Kudung.
- 29 April 2014 - Program Outreach Fasa 2 di SK Kampong Kudung.
- 05 Mei 2014 - Mesyuarat Rumusan Jawatankuasa Program Outreach Bil 4 di SJKC Jagoh.
SENARAI CALON PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT TAHUN 2014
Berikut senarai nama calon ke Program Outreach. Bagi sekolah yang tersenarai, Guru Pemulihan diminta menyediakan maklumat-maklumat seperti berikut:
1. Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
2. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP)
(bagi pencalonan KPM, diminta guru pemulihan menjalankan kedua-dua saringan tersebut)
3. Borang Maklumat Murid
4. Borang ORE 02
5. Borang BPKH 01 & BPKH 02
6. Borang Jabatan Kebajikan Masyarakat
1. Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
2. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP)
(bagi pencalonan KPM, diminta guru pemulihan menjalankan kedua-dua saringan tersebut)
3. Borang Maklumat Murid
4. Borang ORE 02
5. Borang BPKH 01 & BPKH 02
6. Borang Jabatan Kebajikan Masyarakat
Saturday, 15 February 2014
TARIKH TUTUP PENCALONAN OUTREACH
MAKLUMAN PINDAAN TARIKH
Semua guru Pemulihan Khas Daerah Segamat diminta untuk menghantar pencalonan Outreach seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Februari 2014
Hari :Ahad
Masa : 1.00 - 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Jagoh
Dokumen yang diperlukan :
Instrumen ISD dan Instrumen IPMBDP setiap murid yang dicalonkan
Pencalonan terbuka untuk murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Selepas tarikh tersebut, Jawatankuasa Penilai Instrumen Outreach tidak akan menerima pencalonan. Sila patuhi masa yang ditetapkan.
Thursday, 30 January 2014
DATA P1NCH BIL 1/2014
Tahniah kepada Guru Pemulihan Khas Segamat kerana telah berjaya menghantar data 100% secara email mengikut zon kurikulum dan sekaligus melancarkan Jawatankuasa Data membuat verifikasi data pada 29 Jan 2014 di SJKC Jagoh..
TAHNIAH.. GURU PEMULIHAN KHAS SEGAMAT TERBAIK
TAHNIAH.. GURU PEMULIHAN KHAS SEGAMAT TERBAIK
TAKLIMAT OUTREACH & PENGURUSAN FAIL DAERAH SEGAMAT
Pada 26 Feb 2014, Unit Pemulihan Khas, PPD Segamat telah menjalankan Taklimat Outreach kepada semua Guru Pemulihan Khas. Taklimat mendedahkan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mencalonkan murid ke outreach. Laporan Outreach turut didedahkan kepada semua guru untuk mengetahui impak sesuatu program. PPD membuka ruang untuk Guru Pemulihan Khas mencalonkan murid yang bercirikan Pendidikan Khas untuk dijalankan rawatan perubatan.
Taklimat juga mendedahkan sistem-sistem fail yang boleh diguna pakai dan membuat pelarasan diperingkat daerah. Taklimat dihadiri oleh En Masnawi Bin Shamsudin, PPPD Pendidikan Khas & Pemulihan Khas, Daerah Segamat.
Monday, 27 January 2014
Alternatif Penghantaran Data P1NCH 2014
Makluman kepada semua Guru Pemulihan dan Guru Intervensi yang menghadapi masalah penghantaran email ke alamat email zon masing-masing bolehlah menghantar ke email mppk_segamat@yahoo.com
Terima Kasih
Saturday, 25 January 2014
TAKLIMAT OUTREACH DAN PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS
MAKLUMAN
26 JAN 2014(Ahad) akan diadakan taklimat tersebut jam 2.00pm di Segamat Country Club.
Taklimat tersebut bagi semua Guru Pemulihan Khas dan juga Guru Pemulihan LINUS.
Wednesday, 22 January 2014
Tuesday, 21 January 2014
PENGHANTARAN DATA P1NCH BIL 1/ 2014
Sila muat turun BORANG DATA P1NCH BIL 1/2014 di bawah dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
Penghantaran Data P1NCH Bil 1/2014 adalah melalui email seperti dibawah:
- ZON 1 - pemulihanzon1@gmail.com (En Zulhazwan Bin Yahaya)
- ZON 2 - pemulihanzon2@yahoo.com (En Ameer Iftikharuddin Bin Ridzuan)
- ZON 3 - pemulihanzon3@gmail.com (Pn Siti Zaleha Binti Shamsudin)
- ZON 4 - pemulihanzon4@gmail.com (Pn Kok Kai Shu)
- ZON 5 - pemulihanzon5@gmail.com (Pn Norshida Binti Muhd Ruslan)
- MENENGAH - mkhairi_mhanafi@yahoo.com (En Mohd Khairi Bin Mohd Hanafi)
Sila hantar data melalui email dan satu salinan ke PPD sebelum atau pada 27 Jan 2014 (ISNIN)
Tuesday, 14 January 2014
Program Outreach 2014 Daerah Segamat
Dimaklumkan bahawa Program Outreach Daerah Segamat akan dijalankan pada bulan Februari 2014. Oleh yang demikian, pencalonan peserta Outreach dibuka kepada semua sekolah rendah daerah Segamat. Guru yang berkenaan diminta untuk memuat turun BAHAN OUTREACH dan menyediakan bahan tersebut dengan lengkap.
PPD akan memaklumkan tarikh penyerahan nama calon tersebut pada awal Februari 2014.
Syarat UTAMA calon Outreach iaitu 6 bulan murid berada di Kelas Pemulihan Khas.
P1NCH Bil 1/ 2014
Berikut ialah Jadual Pelaksanaan Saringan P1NCH dan Pengumpulan Data P1NCH bagi Tahun 2014.
Diminta semua Guru Pemulihan Khas Segamat membuat Saringan bagi murid-murid yang terlibat. Penghantaran Data akan dibuat awal Februari 2014. Sila Ambil Tindakan.
Diminta semua Guru Pemulihan Khas Segamat membuat Saringan bagi murid-murid yang terlibat. Penghantaran Data akan dibuat awal Februari 2014. Sila Ambil Tindakan.
Jadual Pelaksanaan P1NCH dan Penghantaran Data by MPPKSegamat
Thursday, 2 January 2014
PROGRAM OUTREACH 2014
MAKLUMAN
Program Outreach 2014 akan dijalankan pada bulan Februari. Diminta kerjasama dari semua guru pemulihan yang mempunyai murid bercirikan keperluan khas, diminta membuat ISD dan IPMBD kepada murid tersebut. Selain itu, pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran program tersebut.
DATA P1NCH BIL 1 / 2014
SILA AMBIL TINDAKAN
Pengumpulan Data P1NCH akan dibuat pada awal FEBRUARI 2014. Sehubungan dengan itu, Guru Pemulihan Daerah Segamat diminta bersedia untuk menjalani Saringan IPP2M dan IKAM. Surat akan dihantar bagi tarikh pengumpulan data P1NCH tersebut.
SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
Barisan Jawatankuasa MPPK Daerah Segamat mengucapkan Selamat Kembali Bertugas bagi semua guru pemulihan khas seluruh Malaysia. Semoga semuanya lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa dan meningkatkan kualiti kerja bagi memartabatkan Program Pemulihan Khas.
Subscribe to:
Posts (Atom)