Sunday 22 July 2012

PENYATUAN DATA OUTREACH

Satu perjumpaan akan diadakan bagi penyatuan Data Outreach seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Jagoh

Guru Pemulihan Khas yang terlibat:
  1. En Norazli Bin Abdullah
  2. Cik Suriati Bt Ahmad
  3. En Ameer Iftikharuddin Bin Ridzuan 
  4. En Hafizan BIn Baharudin
  5. Pn Normala Bt Samian
  6. En Mohd Khairi Bin Mohd Hanafi
  7. En. Mohd Fauzan Bin Mohd Yusuf
  8. En Zulhazwan Bin Yahaya
  9. En Dzayul Afraz Bin Abd Rahman
  10. En Masnawi Bin Shamsudin (PPD Segamat)

***PERHATIAN KEPADA GURU YANG BELUM MENDAPAT SURAT, 
SILA DOWNLOAD DI BAHAGIAN BORANG/SURAT  
UNTUK MENDAPATKAN SALINAN SURAT***

TERIMA KASIH

Saturday 21 July 2012

LENSA PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT

 GOTONG ROYONG SEHARI SEBELUM PROGRAM
  
 
KAKITANGAN PPD BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT
BERSAMA AJK MENDIRIKAN KHEMAH

 Pada 18 Julai 2012, diadakan Gotong Royong persiapan tempat. Melibatkan seramai 20 AJK yang terdiri dari Guru Pemulihan Khas bersama Kakitangan PPD yang diketuai En Amer, Kakitangan Perpustakaan Awam Segamat yang diketuai oleh En Rahim dan juga masyarakat setempat yang bersama-sama membanting tulang.

Gotong Royong di bahagikan kepada 3 kumpulan. Di bahagian luar Perpustakaan, Ditingkat satu dan juga Ditingkat dua. 

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. 
GOTONG ROYONG BERJALAN LANCAR. SEMUA MEMBERIKAN KOMITMEN DAN KERJASAMA.


HARI BERLANGSUNGNYA PROGRAM OUTREACH


BARISAN AJK PENDAFTARAN


AKTIVITI SENAM AEROBIK
  

KETIBAAN TUAN PPD DAN PEGAWAI-PEGAWAI PPD
BILIK PEMERIKSAAN PEGAWAI PERUBATAN

PEMERIKSAAN DOKTOR

PERBINCANGAN DOKTOR BERSAMA IBU DAN GURU CALON
PERTEMUAN BERSAMA DOKTOR
PERBINCANGAN BERSAMA DOKTOR
PERBINCANGAN BERSAMA DOKTOR

PERBINCANGAN BERSAMA 2 ORANG PEGAWAI KPM


 PN NOOR AZULIDA(BPKHAS) DAN PN AISHAH (BTP) DARI KPM MENDAPATKAN DATA OUTREACH DARI S/U







ANTARA AJK PELAKSANA BERSAMA EN SHAHIRAN



GOTONG ROYONG SELEPAS PROGRAM
CERIA DAN SEPAKAT MENURUNKAN KHEMAH



MPPK SEGAMAT TERBAIK!!!
MEMASTIKAN KHEMAH DALAM KEADAAN BAIK SEBELUM DIPULANGKAN
PENYELARAS PROGRAM OUTREACH

Sebaik sahaja Program Outreach selesai, 20 Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada Guru Pemulihan Khas membuat gotong royong membersihkan dan menyusun atur kembali peralatan yang telah diubahsuai.
Kami bergerak mengikut kumpulan dan memastikan tempat dalam keadaan baik sebelum bersurai.

Tepat pukul 3.30 petang, semua berjalan lancar dan baik...
Alhamdulillah, Program Outreach berjaya dilaksanakan

Terima Kasih kepada semua yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor dan Cawangan Segamat.

Tahniah juga kepada En Masnawi Bin Shamsuddin, 
(PPPD Pendidikan Khas, Pemulihan Khas)

MPPK SEGAMAT HEBAT..TAHNIAH....


Thursday 19 July 2012

PROGRAM OUTREACH 2012

Alhamdulillah, pertama kalinya Program Outreach dijalankan bagi mengesan dan mengenalpasti murid berkeperluan khas terutama murid LINUS Kohort 1 yang telah disenaraikan oleh KPM.

Seramai 43 murid telah membuat pemeriksaan doktor dan jumlah ini terdiri daripada murid LINUS Kohort 1, Kohort 2 dan juga murid dari Tahap 2.

Melibatkan 7 orang Pegawai Perubatan dari Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra dan juga Pusat Kesihatan Segamat, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bank Simpanan Nasional dan juga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor.

Turut serta Pegawai KPM, pegawai JPNJ, pegawai PPD, Fasilinus, Guru Pemulihan dan juga Guru Pendidikan Khas.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

...TAHNIAH UNTUK SEMUA...

PEMULIHAN SEGAMAT THE BEST



Tuesday 17 July 2012

TAKLIMAT DAN PENYELARASAN PROGRAM OUTREACH

Mohon kerjasama AJK Pemulihan Khas Daerah untuk hadir sesi taklimat dan penyelarasan Program OUTREACH 2012.Butiran seperti berikut:

Tarikh   :  18 Julai 2012 (RABU)
Masa     :   9:00 Pagi

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azli -019-7741830.Sekian terima kasih.

Sunday 15 July 2012

DOKUMEN PROGRAM OUTREACH

Kepada Guru Pemulihan Khas yang terlibat pada 19 Julai 2012 sila muat turun dokumen di bawah dan semak nama murid yang diterima dan dicadangkan ke program outreach. Sekiranya ada kesilapan, sila tinggalkan komen dibawah.

CALON OUTREACH 
PERJALANAN PROGRAM OUTREACH
 
SILA AMBIL TINDAKAN

1. Bawa fail hasil kerja murid
2. Bawa bukti rekod pencapaian murid yang menunjukkan murid merupakan     
    LINUS TEGAR, LINUS atau PERDANA. 
3. Sekiranya murid yang dicadangkan telah ke Pendidikan Khas, 
    Sila kemukakan surat pengesahan doktor dan surat penempatan. 
4. Bawa maklumat kehadiran murid 2010,2011 dan sehingga Jun 2012.
5. Sila lengkapkan borang pendaftaran kanak-kanak kurang upaya dan buat 
    salinan secukupnya seperti yang diarahkan di dalam surat edaran ke 
    sekolah.
6. Sila lengkapkan biodata murid.
7. Ibu bapa wajib hadir bersama, sekiranya tidak hadir, pencalonan akan 
    ditolak. 

Friday 13 July 2012

PROGRAM OUTREACH 2012

Pada 19 Julai 2012 (Khamis), 
Program Pemulihan Khas Segamat bersama Pendidikan Khas akan mengadakan Program Outreach. Program ini dilaksanakan bagi mengesan dan mengenalpasti murid berkeperluan khas. Program ini melibatkan Pegawai Perubatan Hospital Segamat, Pegawai Jabatan Kebajikan Segamat, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, Guru Pendidikan Khas, Guru Pemulihan Khas, Murid yang dicalonkan dan ibu / bapa murid. 


*** Diminta guru pemulihan khas yang terlibat dikehendaki meneliti dan membawa dokumen selengkapnya serta bukti status pencapaian murid.

*** Dokumen yang tidak lengkap dan tidak dapat dikemukakan pada hari berkenaan akan mengganggu proses pemilihan.

***Sila kemukan masalah anda di bawah atau sembang di FB bagi memudahkan pihak jawatankuasa menyelesaikannya bersama.

*** Diingatkan... pada hari berkenaan, 19 Julai 2012... 
tiada budi bicara.. Sekiranya anda gagal untuk mengemukakan dokumen yang diminta, pihak jawatankuasa berhak untuk menolak permohonan.

Semak dan sediakan dokumen yang secukupnya...
Terima kasih atas kerjasama. 

Sunday 8 July 2012

Lawatan Penanda Aras 2012

Untuk makluman kepada guru yang terlibat ke Lawatan Penanda Aras di Muar, dukacitanya..lawatan tersebut akan ditunda pada bulan September 2012 atas masalah yang tidak dapat dielakkan...

sekian...

Wednesday 4 July 2012

GURU PEMULIHAN KHAS

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU PEMULIHAN KHAS SEGAMAT

Kami sedang mengumpulkan maklumat terkini Guru Pemulihan Khas Segamat. Minta kerjasama dan sebarkan kepada rakan-rakan guru yang lain.

Hantarkan maklumat seperti di bawah:
Nama :
Sekolah :
No. H/P :
Email : 

melalui email atau FB.
Terima kasih...

Tuesday 3 July 2012

P1NCH

4 julai 2012, guru-guru pemulihan khas Segamat akan menghantar data P1NCH di PPD.
 kita mengharapkan data Jun akan mengubah data pada bulan Januari yg lepas.

download untuk softcopy

p/s:sila bawa hardcopy dan softcopy.
pastikan enrolmen diisi.
sekian...

Sunday 1 July 2012

E BOOK

BUKU DIGITAL / E BOOK

Zaman IT serba moden ni rasanya E-BOOK bukanlah asing bagi kita. Disini saya ingin berkongsi dengan semua guru pemulihan khas, khususnya di Segamat amnya diseluruh Malaysia

E-BOOK boleh diaplikasikan menjadi bahan bantu mengajar ICT. Ia lebih menarik dan mudah untuk dibina. Berminat untuk melihat E-BOOK....
Sila download link dibawah.


Itu adalah contoh E-BOOK yang boleh dijadikan BBM kita semasa di kelas.
Ingin berkongsi tentang E-BOOK, tinggalkan komen dan email anda di bawah atau lawati fb MPPK...
TERIMA KASIH