Showing posts with label Karnival Pemulihan Khas 2012. Show all posts
Showing posts with label Karnival Pemulihan Khas 2012. Show all posts

Thursday, 14 June 2012

Pemulihan Khas HEBAT!!!

TAHNIAH
GURU PEMULIHAN KHAS SEGAMAT MANTAP

Akhirnya, setelah perancangan dibuat dikalangan jawatankuasa MPPK bersama JK daerah, Karnival Pemulihan Khas dapat dijayakan dengan sempurna dan meriah. 

Terima Kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor kerana memberikan kerjasama yang terbaik.

TAHNIAH kepada En Masnawi Bin Shamsuddin (PPPD Pendidikan Khas / Pemulihan Khas) kerana menjadi tunjang kepada kejayaan program ini.

Terima kasih kepada semua Guru Pemulihan Khas Segamat kerana memberikan kerjasama..


GURU PEMULIHAN TERBAIK !!!!! 

Karnival Pemulihan Khas Segamat 2012 
mendapat liputan media
Tahniah GPK Segamat






 



Murid ceria melakukan aktiviti Chicken Dance sebelum pertandingan









Antara aktiviti yang berjalan semasa Karnival Pemulihan Khas Daerah Segamat.









Antara VIP yang hadir

Monday, 11 June 2012

Peserta Karnival Pemulihan Khas 2012

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi...dengan keizinannya Karnival Pemulihan akan berlangsung beberapa hari lagi. Kepada guru-guru segamat..bolehlah download untuk melihat nama peserta pertandingan.

Senarai nama peserta

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan guru daerah Segamat. Peserta yang akan mengambil bahagian sepanjang Karnival seramai 100 orang murid terdiri dari SK, SJKC dan SJKT. Dijangka hadirin yang akan bersama sepanjang karnival seramai 200 orang.

 Kepada AJK Program, bersamalah kita menangani permasalahan yang timbul dan atasi segala kekangan dalam menjayakan program ini....

......TAHNIAH KEPADA SEMUA SEKOLAH YANG MENYERTAI.....

THANK YOU VERY MUCH

Friday, 1 June 2012

Karnival Pemulihan Khas 2012

Setelah sekian lama MPPK menyepi, kini kami bangkit untuk memartabatkan Program Pemulihan Khas di Daerah Segamat. Program Pemulihan kini kian suram apabila program LINUS menjadi perhatian.

April 2012, Sekali lagi Guru Pemulihan Khas SK Kampong Awat, En Norazli Bin Abdullah mencetuskan idea untuk mengadakan Karnival Pemulihan Khas Kali Ke 2. Perbincangan dibuat bersama beberapa jawatankuasa MPPK. Sasaran karnival tahun ini untuk semua 84 buah sekolah rendah.

Mei 2012, Pegawai Khas Pendidikan Khas,PPD Segamat, En Masnawi Bin Shamsudin memberi laluan kepada barisan MPPK untuk menjalankan program ini. Kali ini program dilaksanakan bersama beberapa ahli jawatankuasa Pemulihan Khas Daerah yang dipilih.

17 Mei 2012, Mesyuarat Pembentangan Kertas Kerja diadakan
24 Mei 2012, Mesyuarat Penyelarasan dan Pembentangan Kertas Konsep di buat

Dengan gandingan tenaga MPPK dan jawatankuasa pemulihan daerah, kedua-dua mesyuarat berjalan dengan lancar dan segala persiapan telah pun dibuat. Dengan kerjasama daripada En Masnawi Bin Shamsudin, karnival ini akan dapat disempurnakan.

"Kepada pengunjung blog yang berada di persekitaran Segamat, marilah bersama kita meramaikan Karnival Pemulihan Khas Peringkat Daerah pada 13 Jun 2012 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam, Jalan Genuang, Segamat.