Friday 1 June 2012

Karnival Pemulihan Khas 2012

Setelah sekian lama MPPK menyepi, kini kami bangkit untuk memartabatkan Program Pemulihan Khas di Daerah Segamat. Program Pemulihan kini kian suram apabila program LINUS menjadi perhatian.

April 2012, Sekali lagi Guru Pemulihan Khas SK Kampong Awat, En Norazli Bin Abdullah mencetuskan idea untuk mengadakan Karnival Pemulihan Khas Kali Ke 2. Perbincangan dibuat bersama beberapa jawatankuasa MPPK. Sasaran karnival tahun ini untuk semua 84 buah sekolah rendah.

Mei 2012, Pegawai Khas Pendidikan Khas,PPD Segamat, En Masnawi Bin Shamsudin memberi laluan kepada barisan MPPK untuk menjalankan program ini. Kali ini program dilaksanakan bersama beberapa ahli jawatankuasa Pemulihan Khas Daerah yang dipilih.

17 Mei 2012, Mesyuarat Pembentangan Kertas Kerja diadakan
24 Mei 2012, Mesyuarat Penyelarasan dan Pembentangan Kertas Konsep di buat

Dengan gandingan tenaga MPPK dan jawatankuasa pemulihan daerah, kedua-dua mesyuarat berjalan dengan lancar dan segala persiapan telah pun dibuat. Dengan kerjasama daripada En Masnawi Bin Shamsudin, karnival ini akan dapat disempurnakan.

"Kepada pengunjung blog yang berada di persekitaran Segamat, marilah bersama kita meramaikan Karnival Pemulihan Khas Peringkat Daerah pada 13 Jun 2012 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam, Jalan Genuang, Segamat.

No comments:

Post a Comment