Friday 13 July 2012

PROGRAM OUTREACH 2012

Pada 19 Julai 2012 (Khamis), 
Program Pemulihan Khas Segamat bersama Pendidikan Khas akan mengadakan Program Outreach. Program ini dilaksanakan bagi mengesan dan mengenalpasti murid berkeperluan khas. Program ini melibatkan Pegawai Perubatan Hospital Segamat, Pegawai Jabatan Kebajikan Segamat, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, Guru Pendidikan Khas, Guru Pemulihan Khas, Murid yang dicalonkan dan ibu / bapa murid. 


*** Diminta guru pemulihan khas yang terlibat dikehendaki meneliti dan membawa dokumen selengkapnya serta bukti status pencapaian murid.

*** Dokumen yang tidak lengkap dan tidak dapat dikemukakan pada hari berkenaan akan mengganggu proses pemilihan.

***Sila kemukan masalah anda di bawah atau sembang di FB bagi memudahkan pihak jawatankuasa menyelesaikannya bersama.

*** Diingatkan... pada hari berkenaan, 19 Julai 2012... 
tiada budi bicara.. Sekiranya anda gagal untuk mengemukakan dokumen yang diminta, pihak jawatankuasa berhak untuk menolak permohonan.

Semak dan sediakan dokumen yang secukupnya...
Terima kasih atas kerjasama. 

No comments:

Post a Comment