Wednesday 5 November 2014

PANDUAN MEMBINA POWER POINT MENGGUNAKAN "VISUAL BASIC"

Bahan ini boleh dibuat rujukan kepada guru-guru pemulihan khas untuk membina bahan bantu mengajar secara interaktif dengan menggunakan "programming visual basic"

Monday 29 September 2014

BENGKEL PEMBINAAN BBM MENGGUNAKAN PERISIAN ADOBE

MAKLUMAN
Pada 1 dan 2 Oktober 2014 akan diadakan Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Menggunakan Perisian Adobe. Sehubungan dengan itu, mohon Guru Pemulihan yang terlibat untuk muat turun surat dibawah.

Tuesday 2 September 2014

Pelaksanaan Pemantauan Program Pemulihan Khas 2014

Untuk makluman Guru Pemulihan Khas daerah Segamat, Pemantauan Program Pemulihan Khas akan dijalankan mulai 1 September 2014 sehingga 2 November 2014. Berikut dokumen yang perlu di muat turun.

  1. SURAT PELAKSANAAN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2014
  2. BORANG PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2014

Tuesday 10 June 2014

Manual Pengisian Data P1NCH Secara Online

Makluman semua Guru Pemulihan Khas dan guru Intervensi Daerah Segamat... Sila muat turun Manual Pengisian Data P1NCH Secara Online bagi Sekolah Menengah dan Rendah untuk memudahkan pelaksanaan kutipan Data P1NCH bil 2/2014. Tuan/Puan diminta untuk mengisi data P1NCH 
selewat-lewatnya pada 19 Jun 2014.

Thursday 22 May 2014

TAKLIMAT PENGURUSAN DATA P1NCH SECARA ONLINE

Taklimat tersebut akan dijalankan pada hari Ahad jam 10 pagi. Semua guru dikehendaki membawa komputer riba dan maklumat murid P1NCH Bil 1. Berikut lokasi mengikut Zon:

  1. ZON 1 : SK BATU ANAM
  2. ZON 2 : PKG BANDAR (BERTUKAR KE BILIK SEMINAR STAR)
  3. ZON 3 : BILIK SEMINAR STAR
  4. ZON 4 : SJKC BUKIT SIPUT
  5. ZON 5 : PKG LABIS 

Saturday 3 May 2014

PROGRAM OUTREACH SEGAMAT 2014 TERBAIK

Daerah Segamat berjaya menganjurkan Program Outreach:
Fasa 1 pada 22 April 2014 di Perbadanan Perpustakaan Awam Segamat
Fasa 2 pada 29 April 2014 di SK Kampong Kudung 

OUTREACH SEGAMAT mendapat pujian dari pegawai KPM, JPNJ, PPD dan juga tetamu jemputan. Outreach Segamat melibatkan 12 orang Pegawai Perubatan dan 15 orang jururawat dari Hospital Segamat dan Pejabat Kesihatan Segamat. kali ini, pencalonan outreach seramai 68 orang.

Antara Agensi yang memberikan kerjasama:
  1.  Bank Simpanan Nasional Negeri dan Daerah
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Segamat
  3. Kipmart Segamat
  4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Daerah
  5. Hospital Segamat
  6. Pejabat Kesihatan Segamat
  7. Klinik Kesihatan Bekok
  8. Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri dan Segamat
  9. Bank Rakyat
  10. Bank Muamalat
  11. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis dan Kg Kudung
  12. Persatuan Serikandi 
  13. Guru dan murid Pendidikan Khas 

"GURU PEMULIHAN SEGAMAT 
SANGAT CEMERLANG MENJADI URUSETIA OUTREACH"
laporan pegawai pemantau

Outreach SEGAMAT Tahun 2014 melibatkan 84 guru pemulihan daerah Segamat
TERBUKTI kerjasama yang diberikan adalah yang TERBAIK  

LENSA 5 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

PERTUNJUKKAN SILAP MATA
Antara aktiviti yang memukau hadirin semasa program berlangsung.

Mr Kiku Khairil membuat persembahan silap mata
Hadirin memenuhi balai perasmian
Terpegun melihat persembahan silap mata

LENSA 4 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

ACARA DI MAJLIS PERASMIAN
Program dirasmikan oleh Tuan Hj Md Amin Bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNJ. Turut hadir Pn Hjh Zaleha Bt Osman, Ketua Sektor Program Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara VIP yang hadir

Tarian Sewang oleh Murid SK Kampong Kudung

Tarian sewang memukau hadirin

Gimik Pelancaran menaikkan bunting ke udara
Antara tetamu jemputan

Antara tetamu jemputan

Antara Fasilinus yag hadir

LENSA 3 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

AKTIVITI DI TAPAK PAMERAN
Pameran Outreach 2014 melibatkan pelbagai agensi diantaranya Bank Simpanan Nasional,
Bank Rakyat, Bank Muamalat, Klinik Kesihatan Segamat dan Bekok, Pergerakan Wanita UMNO Labis dan Kg Kudung, Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas.

VIP dan tetamu jemputan melawat Tapak Pameran
En Masnawi menunjukkan hasil gubahan wanita UMNO
VIP bersama pegawai Bank Simpanan Nasional Negeri dan Daerah
VIP bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis

Tn Hj Md Amin melawat pameran dari Klinik Kesihatan

Antara hasil gubahan Wanita UMNO

Tuan Hj Md Amin membuat pemeriksaan tekanan darah

En Shahiran merasa masakan dari peserta pertandingan memasak

LENSA 2 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

AKTIVITI MURID DAN SUKANEKA RAKYAT
Aktiviti murid melibatkan Calon Outreach dan murid SK Kampong Kudung bagi Pertandingan Mewarna Tajaan Bank Simpanan Nasional dan aktiviti sukaneka melibatkan masyarakat setempat.

Tuan Haji Md Amin dan Puan Hjh Zaleha menyumpit buah betik
Pertandingan Kukur Ubi

Pertandingan Mewarna Tajaan BSN

Pertandingan Mewarna Tajaan BSN

Aktiviti Kukur Ubi menggunakan rotan

LENSA 1 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

AKTIVITI SENAMROBIK
Program ini melibatkan murid Outreach, murid SK Kampog Kudung dan masyarakat setempat. Aktiviti Senamrobik dimeriahkan dengan kehadiran Maskot Amy dan  Maskot Ely dari Bank Simpanan Nasional

Antara hadirin yang terlibat dalam aktiviti senamrobik

Maskot Amy dan Ely dari BSN memeriahkan suasana

kanak-kanak riang bersenamrobik

Masyarakat setempat bersama terhibur

Pandangan dari atas aktiviti senamrobik

Add caption


Maskot AMY Bank Simpanan Nasional

Wednesday 26 March 2014

RENTETAN PERJALANAN PROGRAM OUTREACH TAHUN 2014

  • 23 Februari 2014  - Penerimaan Pencalonan Outreach secara terbuka melibatkan     murid Tahun 2 sehingga Tahun 6 di BIlik Mesyuarat SJKC Jagoh. 
  • 18 Mac 2104 - Mesyuarat Jawatankuasa Program Outreach Bil 1 di SK Kampong Kudung.
  • 20 Mac 2014 - Bengkel Jawatankuasa Kerja Program Outreach di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
  • 02 April 2014 - Taklimat Perjalanan Outreach dan Perbincangan Persiapan Tempat di SK Kampong Kudung.
  • 06 April 2014 - Taklimat Outreach dan Pengumpulan Maklumat Kepada Guru Pengiring di SJKC Bukit Siput.
  • 15 April 2014 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelbagai Disiplin Program Outreach di BIlik Mesyuarat Al-Jazari, PPD Segamat.
  • 16 April 2014 - Mesyuarat Pelarasan Jawatankuasa Program Outreach Bil 2 di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
  • 21 April 2014 - Taklimat Pelarasan Jawatankuasa Kerja dan Gotong-royong Persiapan Tempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
  • 22 April 2014 - Program Outreach Fasa 1 di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Segamat.
  • 24 April 2014 - Mesyuarat Pelarasan Jawatankuasa Program Outreach Bil 3 di SK Kampong Kudung.
  • 28 April 2014 - Taklimat Pelarasan Jawatankuasa Kerja dan Gotong- royong Persiapan Tempat di SK Kampong Kudung.
  • 29 April 2014 - Program Outreach Fasa 2 di SK Kampong Kudung.
  • 05 Mei 2014 - Mesyuarat Rumusan Jawatankuasa Program Outreach Bil 4 di SJKC Jagoh.

SENARAI CALON PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT TAHUN 2014

Berikut senarai nama calon ke Program Outreach. Bagi sekolah yang tersenarai, Guru Pemulihan diminta menyediakan maklumat-maklumat seperti berikut:

1. Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
2. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP)
(bagi pencalonan KPM, diminta guru pemulihan menjalankan kedua-dua saringan tersebut)
3. Borang Maklumat Murid
4. Borang ORE 02
5. Borang BPKH 01 & BPKH 02
6. Borang Jabatan Kebajikan Masyarakat



Saturday 15 February 2014

TARIKH TUTUP PENCALONAN OUTREACH

MAKLUMAN PINDAAN TARIKH
Semua guru Pemulihan Khas Daerah Segamat diminta untuk menghantar pencalonan Outreach seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Februari 2014
Hari :Ahad
Masa : 1.00 - 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Jagoh
Dokumen yang diperlukan : 
Instrumen ISD dan Instrumen IPMBDP setiap murid yang dicalonkan

Pencalonan terbuka untuk murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Selepas tarikh tersebut, Jawatankuasa Penilai Instrumen Outreach tidak akan menerima pencalonan. Sila patuhi masa yang ditetapkan.


Thursday 30 January 2014

DATA P1NCH BIL 1/2014

Tahniah kepada Guru Pemulihan Khas Segamat kerana telah berjaya menghantar data 100% secara email mengikut zon kurikulum dan sekaligus melancarkan Jawatankuasa Data membuat verifikasi data pada 29 Jan 2014 di SJKC Jagoh..
TAHNIAH.. GURU PEMULIHAN KHAS SEGAMAT TERBAIK





TAKLIMAT OUTREACH & PENGURUSAN FAIL DAERAH SEGAMAT

Pada 26 Feb 2014, Unit Pemulihan Khas, PPD Segamat telah menjalankan Taklimat Outreach kepada semua Guru Pemulihan Khas. Taklimat mendedahkan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mencalonkan murid ke outreach. Laporan Outreach turut didedahkan kepada semua guru untuk mengetahui impak sesuatu program. PPD membuka ruang untuk Guru Pemulihan Khas mencalonkan murid yang bercirikan Pendidikan Khas untuk dijalankan rawatan perubatan.

Taklimat juga mendedahkan sistem-sistem fail yang boleh diguna pakai dan membuat pelarasan diperingkat daerah. Taklimat dihadiri oleh En Masnawi Bin Shamsudin, PPPD Pendidikan Khas & Pemulihan Khas, Daerah Segamat.









Monday 27 January 2014

Alternatif Penghantaran Data P1NCH 2014

Makluman kepada semua Guru Pemulihan dan Guru Intervensi yang menghadapi masalah penghantaran email ke alamat email zon masing-masing bolehlah menghantar ke email mppk_segamat@yahoo.com
Terima Kasih

Saturday 25 January 2014

TAKLIMAT OUTREACH DAN PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS

MAKLUMAN
26 JAN 2014(Ahad) akan diadakan taklimat tersebut jam 2.00pm di Segamat Country Club.
Taklimat tersebut bagi semua Guru Pemulihan Khas dan juga Guru Pemulihan LINUS.
 

Tuesday 21 January 2014

PENGHANTARAN DATA P1NCH BIL 1/ 2014

Sila muat turun BORANG DATA P1NCH BIL 1/2014 di bawah dan isikan semua maklumat yang diperlukan.

Penghantaran Data P1NCH Bil 1/2014 adalah melalui email seperti dibawah:
    1. ZON 1 - pemulihanzon1@gmail.com (En Zulhazwan Bin Yahaya)
    2. ZON 2 - pemulihanzon2@yahoo.com (En Ameer Iftikharuddin Bin Ridzuan)
    3. ZON 3 - pemulihanzon3@gmail.com (Pn Siti Zaleha Binti Shamsudin)
    4. ZON 4 - pemulihanzon4@gmail.com (Pn Kok Kai Shu)
    5. ZON 5 - pemulihanzon5@gmail.com (Pn Norshida Binti Muhd Ruslan)
    6. MENENGAH - mkhairi_mhanafi@yahoo.com (En Mohd Khairi Bin Mohd Hanafi)
Sila hantar data melalui email dan satu salinan ke PPD sebelum atau pada 27 Jan 2014 (ISNIN)

Tuesday 14 January 2014

Program Outreach 2014 Daerah Segamat

Dimaklumkan bahawa Program Outreach Daerah Segamat akan dijalankan pada bulan Februari 2014. Oleh yang demikian, pencalonan peserta Outreach dibuka kepada semua sekolah rendah daerah Segamat. Guru yang berkenaan diminta untuk memuat turun BAHAN OUTREACH dan menyediakan bahan tersebut dengan lengkap.

PPD akan memaklumkan tarikh penyerahan nama calon tersebut pada awal Februari 2014.

Syarat UTAMA calon Outreach iaitu 6 bulan murid berada di Kelas Pemulihan Khas.

P1NCH Bil 1/ 2014

Berikut ialah Jadual Pelaksanaan Saringan P1NCH dan Pengumpulan Data P1NCH bagi Tahun 2014.
Diminta semua Guru Pemulihan Khas Segamat membuat Saringan bagi murid-murid yang terlibat. Penghantaran Data akan dibuat awal Februari 2014. Sila Ambil Tindakan.

Jadual Pelaksanaan P1NCH dan Penghantaran Data by MPPKSegamat


Thursday 2 January 2014

PROGRAM OUTREACH 2014

MAKLUMAN

Program Outreach 2014 akan dijalankan pada bulan Februari. Diminta kerjasama dari semua guru pemulihan yang mempunyai murid bercirikan keperluan khas, diminta membuat ISD dan IPMBD kepada murid tersebut. Selain itu, pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran program tersebut.

DATA P1NCH BIL 1 / 2014

SILA AMBIL TINDAKAN

Pengumpulan Data P1NCH akan dibuat pada awal FEBRUARI 2014. Sehubungan dengan itu, Guru Pemulihan Daerah Segamat diminta bersedia untuk menjalani Saringan IPP2M dan IKAM. Surat akan dihantar bagi tarikh pengumpulan data P1NCH tersebut. 

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Barisan Jawatankuasa MPPK Daerah Segamat mengucapkan Selamat Kembali Bertugas bagi semua guru pemulihan khas seluruh Malaysia. Semoga semuanya lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa dan meningkatkan kualiti kerja bagi memartabatkan Program Pemulihan Khas.