MPPK


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Warga pendidik yang dimuliakan, bersamalah kita memurnikan Program Pemulihan Khas Daerah Segamat selangkah demi selangkah...

Majlis Permuafakatan Pemulihan Khas (MPPK) memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik khususnya yang bergelar Guru Pemulihan khas untuk sama-sama memberi idea dan berkongsi ilmu bagi memartabatkan Program Pemulihan Khas Daerah Segamat.

MPPK juga mengalu-alukan cetusan ilham dari semua Guru Pemulihan Khas untuk bangkit dan bersama-sama melaksanakan dan merealisasikan program serta aktiviti bagi menaikkan nama Pemulihan Khas di mata masyarakat....

**************************************************

Majlis Permuafakatan Pemulihan Khas Segamat (MPPK) merupakan jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan program Pemulihan Khas. 

 MPPK Segamat diketuai oleh En Norazli Bin Abdullah
Guru Pemulihan Khas SK Kampong Tenang.

Kami bersatu tenaga, bersama-sama merealisasikan matlamat dan tujuan kami. 

Tunjang kepada MPPK Segamat iaitu
En Masnawi Bin Shamsudin, PPPD Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas.

LAMAN BLOG INI DIKAWAL SELIA OLEH:

En Masnawi Bin Shamsudin

(PPPD Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas, Daerah Segamat)
En Norazli Bin Abdullah
(Guru Pemulihan Khas, SK Kampong Tenang)
Cik Suriati Binti Ahmad
(Guru Pemulihan Khas SK Datuk Wan Idris)






 

No comments:

Post a Comment