Thursday 30 January 2014

DATA P1NCH BIL 1/2014

Tahniah kepada Guru Pemulihan Khas Segamat kerana telah berjaya menghantar data 100% secara email mengikut zon kurikulum dan sekaligus melancarkan Jawatankuasa Data membuat verifikasi data pada 29 Jan 2014 di SJKC Jagoh..
TAHNIAH.. GURU PEMULIHAN KHAS SEGAMAT TERBAIK





TAKLIMAT OUTREACH & PENGURUSAN FAIL DAERAH SEGAMAT

Pada 26 Feb 2014, Unit Pemulihan Khas, PPD Segamat telah menjalankan Taklimat Outreach kepada semua Guru Pemulihan Khas. Taklimat mendedahkan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mencalonkan murid ke outreach. Laporan Outreach turut didedahkan kepada semua guru untuk mengetahui impak sesuatu program. PPD membuka ruang untuk Guru Pemulihan Khas mencalonkan murid yang bercirikan Pendidikan Khas untuk dijalankan rawatan perubatan.

Taklimat juga mendedahkan sistem-sistem fail yang boleh diguna pakai dan membuat pelarasan diperingkat daerah. Taklimat dihadiri oleh En Masnawi Bin Shamsudin, PPPD Pendidikan Khas & Pemulihan Khas, Daerah Segamat.









Monday 27 January 2014

Alternatif Penghantaran Data P1NCH 2014

Makluman kepada semua Guru Pemulihan dan Guru Intervensi yang menghadapi masalah penghantaran email ke alamat email zon masing-masing bolehlah menghantar ke email mppk_segamat@yahoo.com
Terima Kasih

Saturday 25 January 2014

TAKLIMAT OUTREACH DAN PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS

MAKLUMAN
26 JAN 2014(Ahad) akan diadakan taklimat tersebut jam 2.00pm di Segamat Country Club.
Taklimat tersebut bagi semua Guru Pemulihan Khas dan juga Guru Pemulihan LINUS.
 

Tuesday 21 January 2014

PENGHANTARAN DATA P1NCH BIL 1/ 2014

Sila muat turun BORANG DATA P1NCH BIL 1/2014 di bawah dan isikan semua maklumat yang diperlukan.

Penghantaran Data P1NCH Bil 1/2014 adalah melalui email seperti dibawah:
    1. ZON 1 - pemulihanzon1@gmail.com (En Zulhazwan Bin Yahaya)
    2. ZON 2 - pemulihanzon2@yahoo.com (En Ameer Iftikharuddin Bin Ridzuan)
    3. ZON 3 - pemulihanzon3@gmail.com (Pn Siti Zaleha Binti Shamsudin)
    4. ZON 4 - pemulihanzon4@gmail.com (Pn Kok Kai Shu)
    5. ZON 5 - pemulihanzon5@gmail.com (Pn Norshida Binti Muhd Ruslan)
    6. MENENGAH - mkhairi_mhanafi@yahoo.com (En Mohd Khairi Bin Mohd Hanafi)
Sila hantar data melalui email dan satu salinan ke PPD sebelum atau pada 27 Jan 2014 (ISNIN)

Tuesday 14 January 2014

Program Outreach 2014 Daerah Segamat

Dimaklumkan bahawa Program Outreach Daerah Segamat akan dijalankan pada bulan Februari 2014. Oleh yang demikian, pencalonan peserta Outreach dibuka kepada semua sekolah rendah daerah Segamat. Guru yang berkenaan diminta untuk memuat turun BAHAN OUTREACH dan menyediakan bahan tersebut dengan lengkap.

PPD akan memaklumkan tarikh penyerahan nama calon tersebut pada awal Februari 2014.

Syarat UTAMA calon Outreach iaitu 6 bulan murid berada di Kelas Pemulihan Khas.

P1NCH Bil 1/ 2014

Berikut ialah Jadual Pelaksanaan Saringan P1NCH dan Pengumpulan Data P1NCH bagi Tahun 2014.
Diminta semua Guru Pemulihan Khas Segamat membuat Saringan bagi murid-murid yang terlibat. Penghantaran Data akan dibuat awal Februari 2014. Sila Ambil Tindakan.

Jadual Pelaksanaan P1NCH dan Penghantaran Data by MPPKSegamat


Thursday 2 January 2014

PROGRAM OUTREACH 2014

MAKLUMAN

Program Outreach 2014 akan dijalankan pada bulan Februari. Diminta kerjasama dari semua guru pemulihan yang mempunyai murid bercirikan keperluan khas, diminta membuat ISD dan IPMBD kepada murid tersebut. Selain itu, pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran program tersebut.

DATA P1NCH BIL 1 / 2014

SILA AMBIL TINDAKAN

Pengumpulan Data P1NCH akan dibuat pada awal FEBRUARI 2014. Sehubungan dengan itu, Guru Pemulihan Daerah Segamat diminta bersedia untuk menjalani Saringan IPP2M dan IKAM. Surat akan dihantar bagi tarikh pengumpulan data P1NCH tersebut. 

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Barisan Jawatankuasa MPPK Daerah Segamat mengucapkan Selamat Kembali Bertugas bagi semua guru pemulihan khas seluruh Malaysia. Semoga semuanya lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa dan meningkatkan kualiti kerja bagi memartabatkan Program Pemulihan Khas.