Sunday 9 December 2012

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan

Kepada semua Guru Pemulihan, sila download garis panduan terbaru dan baca dengan teliti serta patuhi kriteria yang dikehendaki termasuk pengambilan murid pemulihan, jadual waktu dan pengurusan fail.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan

Friday 19 October 2012

PERKONGSIAN ILMU MEMBAWA KECEMERLANGAN

Selama 4 hari barisan Jurulatih Utama Daerah Segamat bekerjasama memberikan bengkel E-Book kepada Guru Pendidikan Khas sekolah rendah dan menengah daerah Segamat. Bengkel tersebut mencapai objektif yang disasarkan. Semua peserta berjaya menguasai pembinaan E-Book dengan hasil tugasan yang diberikan secara individu.

Bengkel E-Book ini mendapat perhatian daripada Tuan Haji Abdul Rahman Bin Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Beliau tertarik untuk menyaksikan hasil E-Book oleh peserta kursus.

Tahniah kepada En Masnawi Bin Shamsudin, Penolong Pegawai Pendidikan Khas & Pemulihan Khas Daerah Segamat bersama barisan Jurulatih Utama Pemulihan Khas Daerah Segamat menggerakkan satu inovasi dalam P&P.

Tahniah juga kepada Pegawai PKG Segamat Baru di atas perkongsian ilmu yang membawa inovasi dalam P&P.

Tahniah juga kepada semua peserta kursus yang terdiri daripada Guru Pendidikan Khas Daerah Segamat diatas komitmen yang diberikan adalah yang TERBAIK.....

Satu kejayaan yang telah dicipta dalam Unit Pemulihan Khas Daerah Segamat.

PEMULIHAN KHAS KEARAH INOVASI YANG CEMERLANG

Tn Hj Abd Rahman bersama En Masnawi menyaksikan persembahan E-Book

Ucapan yang penuh bermakna dan berilmiah

Thursday 18 October 2012

Bengkel E-Book Fasa Ke-2

Pada 18 Oktober 2012 merupakan hari terakhir Bengkel E-Book untuk guru-guru Pendidikan Khas Daerah Segamat. Pada hari ini guru Pendidikan Khas dari sekolah menengah terlibat dalam bengkel tersebut.

Peserta mendengar taklimat pembinaan E-book



Fasilitator membimbiing peserta membuat tugasan

Guru Pendidikan Khas memberikan tumpuan dalam penerangan

Peserta tekun menyiapkan tugasan yang diberi
Fasilitator membantu menyelesaikan masalah peserta kursus


Wednesday 17 October 2012

BENGKEL E-BOOK FASA 2 SEKOLAH MENENGAH

Peserta kursus komitmen dalam tugasan yang diberi.
Fasilitator membantu peserta kursus menyelesaikan masalah

Bersama membantu antara satu sama lain.



Pembentangan E-Book oleh peserta kursus

Pembentangan yang menarik

Contoh E-book yang dihasilkan oleh peserta

Conroh E-book yang dihasilkan oleh peserta

Sesi pembentangan oleh peserta

Monday 15 October 2012

SISTEM ONLINE P1NCH

Harap maklum...
MPPK Segamat sedang membangunkan Sistem Kemasukan Data P1NCH Online. Namun ianya masih belum boleh digunakan. Penambahbaikan sedang dibuat.
Penghantaran data seperti biasa sehingga dimaklumkan.

Terima Kasih

Friday 12 October 2012

Bengkel E-Book

Pada 10 Oktober hingga 11 Oktober 2012, En Masnawi Bin Shamsudin (PPPD Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas) membuat bengkel E-BOOK untuk Guru Pendidikan Khas, Segamat dengan kerjasama barisan Jurulatih Utama Pemulihan Daerah Segamat.

Fasa 1 untuk guru sekolah rendah telah pun selesai dijalankan. Fasa ke 2 akan dijalankan pada 17 & 18 Oktober 2012. 

Antara Jurulatih Utama Pemulihan Daerah yang terlibat ialah:
  1.  En Norazli Bin Abdullah
  2. En Ameer Iftikharuddin Bin Ridzuan
  3. En Mohd Khairi Bin Mohd Hanafi
  4. Cik Suriati Binti Ahmad  
TAHNIAH DI ATAS KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG DIBERIKAN.

Komitmen yang terbaik dari Guru Pendidikan Khas

Komited dalam menyiapkan tugasan yang diberi

JU Pemulihan Daerah bersama PPPD Pendidikan Khas & Pemulihan Khas

Memberi bengkel E-Book kepada Guru Pendidikan Khas
Sesi pembentangan tugasan yang diberi

Sesi pembentangan tugasan yang diberi

Sesi pembentangan tugasan yang diberi
PEMULIHAN KHAS DAN PENDIDIKAN KHAS 
BERGABUNG TENAGA MEMARTABATKAN
PROGRAM PEMULIHAN & PENDIDIKAN KHAS
DAERAH SEGAMAT

TAHNIAH KEPADA ENMASNAWI BIN SHAMSUDIN
PPPD PENDIDIKAN KHAS & PEMULIHAN KHAS

TUNJANG PENGGERAK KAMI....

Pengumpulan Data P1NCH Bil 3/2012

Kepada semua Guru Pemulihan Khas dan Guru Intervensi Daerah Segamat diminta untuk membuat ujian IPP2M & IKAM rendah bagi murid Tahun 4,5 dan 6 sahaja dan II2M & IKAM Menengah untuk kelas Peralihan sehingga ke tingkatan 5.

Diingatkan!!!! DATA bagi Tahun 4,5 dan 6 BUKAN diambil daripada data Protim.

Diharapkan agar semua guru menjalankan ujian dengan telus agar data sebenar dapat diperolehi...

Sila hantar data tersebut selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2012.

Download borang Data P1NCH di bahagian Borang / Surat

Terima Kasih.

Wednesday 3 October 2012

KURSUS PENDEDAHAN PENGENALAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Pada 03 hingga 04 Oktober 2012, Guru Pemulihan Khas Segamat
                     
telah diberi pendedahan ciri-ciri murid bekeperluan khas. Antara tempat yang dilawati:
  • Kelas Pendidikan Khas SK Bandar Putra
  • Kelas Pendidikan Khas SJKC Li Chi
  • Happy Kids, Segamat Baru
Guru Pemulihan Khas telah di dedahkan dengan terapi dan cara mengesan murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

Taklimat juga diberikan daripada doktor pakar hospital segamat.


TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU PEMULIHAN YANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA YANG TERBAIK

Taklimat Ringkas Kursus oleh En Norazli Abdullah
Guru Pemulihan Khas bergerak ke tempat lawatan
Lokasi pertama: Kelas Pendidikan Khas SK Bandar Putra
Murid PK membuat persembahan di hadapan Guru Pemulihan Khas

Lawatan Ke Kelas Pendidikan Khas SK Bandar Putra

Bersama murid PK SK Bandar Putra

Dr Intan Nur Cahaya (Pakar Kanak2 Horpital Segamat) memberikan ceramah

Peserta kursus terdiri daripada Guru Pemulihan Khas

Taklimat Disleksia oleh En Dyazul Afraz, Jurulatih Utama Pemulihan Khas
Guru mengaplikasikan tulisan murid disleksia

peserta membuat demo tulisan disleksia


Sunday 22 July 2012

PENYATUAN DATA OUTREACH

Satu perjumpaan akan diadakan bagi penyatuan Data Outreach seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Jagoh

Guru Pemulihan Khas yang terlibat:
  1. En Norazli Bin Abdullah
  2. Cik Suriati Bt Ahmad
  3. En Ameer Iftikharuddin Bin Ridzuan 
  4. En Hafizan BIn Baharudin
  5. Pn Normala Bt Samian
  6. En Mohd Khairi Bin Mohd Hanafi
  7. En. Mohd Fauzan Bin Mohd Yusuf
  8. En Zulhazwan Bin Yahaya
  9. En Dzayul Afraz Bin Abd Rahman
  10. En Masnawi Bin Shamsudin (PPD Segamat)

***PERHATIAN KEPADA GURU YANG BELUM MENDAPAT SURAT, 
SILA DOWNLOAD DI BAHAGIAN BORANG/SURAT  
UNTUK MENDAPATKAN SALINAN SURAT***

TERIMA KASIH

Saturday 21 July 2012

LENSA PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT

 GOTONG ROYONG SEHARI SEBELUM PROGRAM
  
 
KAKITANGAN PPD BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT
BERSAMA AJK MENDIRIKAN KHEMAH

 Pada 18 Julai 2012, diadakan Gotong Royong persiapan tempat. Melibatkan seramai 20 AJK yang terdiri dari Guru Pemulihan Khas bersama Kakitangan PPD yang diketuai En Amer, Kakitangan Perpustakaan Awam Segamat yang diketuai oleh En Rahim dan juga masyarakat setempat yang bersama-sama membanting tulang.

Gotong Royong di bahagikan kepada 3 kumpulan. Di bahagian luar Perpustakaan, Ditingkat satu dan juga Ditingkat dua. 

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. 
GOTONG ROYONG BERJALAN LANCAR. SEMUA MEMBERIKAN KOMITMEN DAN KERJASAMA.


HARI BERLANGSUNGNYA PROGRAM OUTREACH


BARISAN AJK PENDAFTARAN


AKTIVITI SENAM AEROBIK
  

KETIBAAN TUAN PPD DAN PEGAWAI-PEGAWAI PPD
BILIK PEMERIKSAAN PEGAWAI PERUBATAN

PEMERIKSAAN DOKTOR

PERBINCANGAN DOKTOR BERSAMA IBU DAN GURU CALON
PERTEMUAN BERSAMA DOKTOR
PERBINCANGAN BERSAMA DOKTOR
PERBINCANGAN BERSAMA DOKTOR

PERBINCANGAN BERSAMA 2 ORANG PEGAWAI KPM


 PN NOOR AZULIDA(BPKHAS) DAN PN AISHAH (BTP) DARI KPM MENDAPATKAN DATA OUTREACH DARI S/U







ANTARA AJK PELAKSANA BERSAMA EN SHAHIRAN



GOTONG ROYONG SELEPAS PROGRAM
CERIA DAN SEPAKAT MENURUNKAN KHEMAH



MPPK SEGAMAT TERBAIK!!!
MEMASTIKAN KHEMAH DALAM KEADAAN BAIK SEBELUM DIPULANGKAN
PENYELARAS PROGRAM OUTREACH

Sebaik sahaja Program Outreach selesai, 20 Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada Guru Pemulihan Khas membuat gotong royong membersihkan dan menyusun atur kembali peralatan yang telah diubahsuai.
Kami bergerak mengikut kumpulan dan memastikan tempat dalam keadaan baik sebelum bersurai.

Tepat pukul 3.30 petang, semua berjalan lancar dan baik...
Alhamdulillah, Program Outreach berjaya dilaksanakan

Terima Kasih kepada semua yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor dan Cawangan Segamat.

Tahniah juga kepada En Masnawi Bin Shamsuddin, 
(PPPD Pendidikan Khas, Pemulihan Khas)

MPPK SEGAMAT HEBAT..TAHNIAH....